Ahad, 1 Mei 2011

Yeah.. special for PJJ couple. Another tips to sharing with u.

Yeah.. special for PJJ couple. Another tips to sharing with u.
Tarik nafas panjang-panjang, ayuh, kita mulakan!
1) Simpan gambar pasangan di tempat yang paling mudah dilihat.

Tak kiralah nak lekat kat dinding ke, selit bawah bantal ke, celah ketiak ke, mana-mana lah asalkan di tempat yang memang kita akan hadap hari-hari.
Dengan syarat, pilih gambar pasangan yang kita rasakan dia berada pada tahap paling kacak / jelita walaupun gambar tu macam dah ‘lari jauh’ dari keadaan diri semasa :p

Ya. Bunyi macam tipikal. Lebih-lebih lagi bila simpan gambar passport dalam dompet. Siapa yang tak pernah buat, kan?

Tapi, sedar tak sedar, tiap kali nak keluarkan duit, perkara tipikal ni lah yang akan sentiasa ingatkan kita betapa Tuhan dah kurniakan seorang insan terhebat, terkacak/tercantik di mata kita, dan ter-segala-macam-lagilah untuk kita.

Jadi, tak perlu lah nak toleh pada yang lain. Jangan jadikkan alasan tinggal berjauhan untuk kamu berfoya-foya carik orang lain demi mengisi kesunyian, kononnya. Belajar bersyukur dan hargai apa yang kita ada serta berusaha untuk kekalkannya sampai bila-bila.
2) Dating.

Tak dapat seminggu sekali, buat dua minggu sekali takpun sebulan sekali. Ikut kesesuaian. Dan, dating di sini bermaksud berdua saja.
Kenapa mesti berdua je?
Sebab kamu berdua memang sangat perlukannya. Dah nama pun jumpa sekali-sekala, ni lah masanya kamu nak berbincang tentang semua perkara. Dari hal ehwal semasa 1Malaysia hinggalah kepada ubat lipas terbaru di pasaran yang baru dibeli untuk dicuba. Ini je lah masa yang ada.

Kalau ada orang lain, dikhuatiri salah seorang pasangan tak dapat cerita all out segala macam perkara yang dah dia peram. Tak manis lah kan macam tu. Kalau boleh, selesaikan segala jenis gaduh atau mogok yang dah berlaku di sepanjang kamu tidak bertemu.

Lagipun, kalau tak diperuntukkan masa khas macam ni, memang susah nak carik masa lain lagi. Di samping tu, dapat jugak mengimbas memori indah saat bercinta dating makan KFC hehe
3) Raikan setiap hari-hari penting.

Cara sambutan ataupun besar mana hadiah, tu bukan keutamaan. Yang penting ingatan antara satu sama lain. Selain tarikh harijadi dan ulangtahun perkahwinan, jadikan setiap hari-hari biasa yang dilalui bersama sebagai penting.
Sangat surprise bila terima hadiah berupa begini sempena ulangtahun ke-6 perkenalan (ala, yang korang sebut sebagai tarikh declare tu). I loikeeee!!!

Sekali-sekala, buat kejutan untuk pasangan bila bertemu. Tak payah berbelanja besar pun boleh buat kejutan, apa. Misalnya, memasak makanan kegemaran dia yang kamu paling fedap nak buat, seperti kuih dodol misalnya. Ataupun memakai baju yang dibelikan oleh dia walaupun kamu rasa gemuk bila memakainya.

Apa saja, asalkan yang boleh buatkan dia teruja!
4) Masa berkualiti.

Tak semestinya sampai nak kena pergi berbulan madu ke Bali, Gold Goast semua semata-mata untuk dapatkan masa berkualiti ni.

Habiskan masa hujung minggu berdua kat rumah dengan lakukan aktiviti baru pun dikira sebagai berkualiti jugak. Contohnya, bercucuk-tanam pokok cili. Atau pun berjogging sama2.

Dapat buat satu perkara yang kemudian boleh diceritakan semula dengan penuh semangat setiap kali teringat, dah dikira berkualiti. Buat perkara bodoh berdua dan hanya kamu berdua saja yang faham, pun dah masuk dalam kategori masa berkualiti.

Layankan je. Buatlah apa saja yang boleh jadikkan hari-hari yang kamu berdua lalui benar-benar berkualiti.
5) Ghairah sentiasa.

Wah, kemain lagi. Asal sebut ghairah je, mula lah tu nak fikir sampai cerita dalam selimut. Ghairah di sini merujuk kepada ghairah bercinta. Tak kiralah walau dah berapa lama usia perkahwinan kamu. Jadikan seolah-olah baru mula-mula bercinta. Biar macam angau pun tak apa. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah bila seminit tak dengar khabar berita.
Tahukah kamu bahawa perkara kecik yang kadang-kadang kita anggap remeh dan terlepas pandang, bila kita sesekali lakukan, boleh buat pasangan kita senyum sampai ke telinga?

Sentiasa beri pujian dan kata-kata manis untuk pasangan. Kalau boleh, setiap hari. Flirting dari jauh pun boleh, apa. Jangan sia-siakan segala bentuk teknologi telefon, sms, webcam, internet yang ada. Biar pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita.

Tapi ingat, jangan sampai tahap baju kemeja warna apa yang patut dia pakai esok, kat mana dia perlu makan tengahari dan pukul berapa perlu masuk tidur semua pun kita nak masuk campur. Itu bukan ghairah, itu dah kes parah!

Bersederhanalah dalam semua perkara.

Yang terpenting antara semua, jangan takut untuk letakkan kepercayaan pada pasangan.

selamat hari perkerja semua ....




selamat hari perkerja semua
berehat ler sepuasnya

saat wanita bergelar isteri .....

* Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
* Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dgn penuh pengertian. Kerana dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam…
* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jgn menyia-nyiakannya.
* Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
* Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh ke dlm matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu???
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN “Apakah keistimewaan dari ciptaan-MU ini?”
Lalu TUHAN menjawab: “Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaan-KU ini”.. Di sebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
* SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
* PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
* Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…
* Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHAN’nya. .
* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN…
* TiTiSAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…”…Apa itu Yaa TUHAN?????
Bahawa “Betapa, BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini kpd semua ISTERI2 solehah dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA…